Monday, 18 September 2017

Pentaksiran dan Taksonomi Bloom

Assalamualaikum dan salam sejahtera ya sodiqoti!
Dalam entri yang pertama ini saya ingin berkongsi tentang Taksonomi Bloom.
Apa itu Taksonomi Bloom?
Baiklah, mari kita pelajari serba sedikit tentang Taksonomi Kognitif Taksonomi Bloom.




Taksonomi Bloom dalam bidang pendidikan ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, tingkah laku dan psikomotor.

Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu:
 >Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti       pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir,
 >Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat,     sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.
 >Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.





No comments:

Post a Comment

Pengujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Baiklah.. dalam entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai konsep pengujian dalam pentaksir...