Baiklah.. dalam entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai konsep pengujian dalam pentaksiran bilik darjah. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?
Pengujian ialah satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseoarang murid dalam sesuatau bidang. Selain itu, ia juga dikenal pasti sebagai satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang individu.
1. Menetapkan objektif ujian yang akan ditadbirkan
2. Menentukan isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji
3. Menetapkan taksonomi ujian
4. Menggubal Jadual Spesifikasi Ujian dan
5. Menubuhkan alat uji
Objektif Ujian
1. Jenis ujian yang akan dibina
➤Ujian pencapaian, ujian bakat, ujian diagnostik dll.
2. Alat uji yang akan digubal
➤Item soalan, pemerhatian, senarai semak dll.
3. Darjah kesukaran ujian
Isi Kandungan dan kemahiran yang akan diuji
1. Merujuk kepada sukatan pelajaran yang dikeluarkan PPK;
2. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (KBSM dan KSSM)
3. Berasaskan kemahiran bahasa yang telah diajarkan di dalam kelas.
Pemilihan Taksonomi
1. Terdapat tiga jenis taksonomi, iaitu
➞Taksonomi kognitif
➞Taksonomi afektif
➞Taksonomi psikomotor
2. Taksonomi untuk ujian Bahasa Melayu ialah taksonomi koginitif (Taksonomi Bloom)
Jadual Spesifikasi Ujian
1. Dibuat dengan tujuan merangka penggubalan soalan ujian
2. Perkara yang diambil kira semasa membina JSU ialah:
➞Pemberatan soalan;
➞Jenis soalan;
➞Panjang masa ujian;
➞Jumlah butiran/item; dan
➞Aras taksonomi soalan.
Penggubalan soalan
Pada umumnya terdapat dua jenis soalan, iaitu soalan subjektif dan soalan objektif.
1. Soalan subjektif memerlukan calon menjawab dalam bahasa mereka sendiri.
2. Soalan objektif memerlukan calon memilih salah satu jawapan yang betul.
3. Elok dilakukan dalam kumpulan bagi menjaga kualiti soalan.
4. Soalan berfungsi dan mengikut JSU.
*Berfungsi bermaksud dapat menguji kemahiran yang hendak diuji.
5. Pelajar jelas tentang tugasan yang akan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment