Saturday, 25 November 2017

Pengujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Baiklah.. dalam entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai konsep pengujian dalam pentaksiran bilik darjah. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?
Pengujian ialah satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseoarang murid dalam sesuatau bidang. Selain itu, ia juga dikenal pasti sebagai satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang individu.

Langkah-langkah penggubalan ujian:

1. Menetapkan objektif ujian yang akan ditadbirkan
2. Menentukan isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji
3. Menetapkan taksonomi ujian
4. Menggubal Jadual Spesifikasi Ujian dan
5. Menubuhkan alat uji

Objektif Ujian

1. Jenis ujian yang akan dibina
    ➤Ujian pencapaian, ujian bakat, ujian diagnostik dll.
2. Alat uji yang akan digubal
    ➤Item soalan, pemerhatian, senarai semak dll.
3. Darjah kesukaran ujian

Isi Kandungan dan kemahiran yang akan diuji

1. Merujuk kepada sukatan pelajaran yang dikeluarkan PPK;
2. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (KBSM dan KSSM)
3. Berasaskan kemahiran bahasa yang telah diajarkan di dalam kelas. 

Pemilihan Taksonomi

1. Terdapat tiga jenis taksonomi, iaitu 
    ➞Taksonomi kognitif
    ➞Taksonomi afektif
    ➞Taksonomi psikomotor 
2. Taksonomi untuk ujian Bahasa Melayu ialah taksonomi koginitif (Taksonomi Bloom)

Jadual Spesifikasi Ujian

1. Dibuat dengan tujuan merangka penggubalan soalan ujian
2. Perkara yang diambil kira semasa membina JSU ialah:
    ➞Pemberatan soalan;
    ➞Jenis soalan;
    ➞Panjang masa ujian;
    ➞Jumlah butiran/item; dan
    ➞Aras taksonomi soalan.

Penggubalan soalan

Pada umumnya terdapat dua jenis soalan, iaitu soalan subjektif dan soalan objektif.
1. Soalan subjektif memerlukan calon menjawab dalam bahasa mereka sendiri.
2. Soalan objektif memerlukan calon memilih salah satu jawapan yang betul.
3. Elok dilakukan dalam kumpulan bagi menjaga kualiti soalan.
4. Soalan berfungsi dan mengikut JSU. 
    *Berfungsi bermaksud dapat menguji kemahiran yang hendak diuji.
5. Pelajar jelas tentang tugasan yang akan dilaksanakan. 







Monday, 30 October 2017

Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah

Instrumen Pentaksiran Bahasa
Instrumen merujuk kepada alat atau bahan yang boleh digunakan
untuk menilai pelajar.
Contohnya adalah seperti berikut :
v Tinjauan
-         Carta graf
-         Titik mengelirukan
-         Respon segera

v Pemerhatian
-         Pengucapan pelajar

v Komunikasi personal
-         Soal jawab

v Perbincangan
-         Maklumat berharga
-         Maklum balas segera
-         Kemahiran sosial


v Ringkasan ayat

Pentaksiran Bilik Darjah

Pentaksiran Bilik Darjah
·        Assalamualaikum dan salam sejahtera.
       
       Pentaksiran Bilik Darjah merupakan penyelidikan bilik darjah atau  penyelidikan tindakan murid.
·         Pentaksiran bilik darjah ini perlu melibatkan hubungan dua hala supaya wujud maklum balas antara   guru dan pelajar.
·         Dikenali juga sebagai Classroom Assessment Technique

·         Tujuan Pentaksiran Bilik Darjah
-          Untuk mendapatkan maklumat daripada murid tentang apa yang mereka tahu dan       bagaimana mereka menjiwai pembelajaran.
-          Memahami pembelajaran pelajar
-          Meningkatkan tahap pengajaran guru
-          Guru dapat refleksi diri tentang cara pengajaran mereka

·         Antara contoh Pentaksiran Bilik Darjah / CATs

Ø  NOTA BERANTAI
-          Bahan yang diperlukan ialah sekeping kertas dan sticky note.
-          Guru memberikan sticky note kepada para pelajar dan memberi arahan kepada pelajar untuk menulis jawapan di atas sticky note dan menampalnya di atas kertas yang akan diedarkan
-          Guru menanyakan soalan kepada pelajar dan mengedarkan sekeping kertas
-          Seterusnya, pelajar akan menjawab soalan dalam sticky note yang disediakan dan menampal jawapan masing-masing pada kertas yang diedarkan.

Ø  RINGKASAN 1 AYAT
-          Bahan yang diperlukan ialah helaian kertas yang bersaiz kecil
-          Guru akan meminta pelajar untuk menulis ringkasan secara keseluruhan tentang apa yang dipelajari di dalam satu ayat pada kertas yang disediakan. 

Ø  MEMORI MATRIK
-          Bertujuan menguji memori pelajar mengenai pembelajaran sebelumnya
-          Guru akan menyediakan satu jadual yang mengandungi bahagian “Apa yang dipelajari”…
-          Pelajar diminta mengisi jadual tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada

Ø  PENILAIAN PEPERIKSAAN
-          Bagi konteks pentaksiran bilik darjah, penilaian ini merujuk kepada penilaian formatif iaitu kuiz mingguan, ujian bulanan , ujian pertengahan tahun dan seumpamanya.

Pentaksiran Bilik Darjah / CATs
* CATS dikenali sebagai “bahan api keperluan” yang membantu memberi kuasa terhadap sistem pembelajaran pelajar
* CATs juga bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang pembelajaran yang disampaikan dan tidak bertujuan untuk memberi gred.






Monday, 2 October 2017

Apakah AFL, AAL dan AOL?

Perbezaan Pentaksiran untuk Pembelajaran (AFL), Pentaksiran sebagai Pembelajaran (AAL) dan Pentaksiran Pembelajaran (AOL).


AFL
AAL
AOL
         Assessment for learning, Pentaksiran untuk Pembelajaran

           Assessment as learning, Pentaksiran sebagai Pembelajaran
         Assessment of learning, Pentaksiran Pembelajaran
          Berbentuk formatif dan sumatif

          Berbentuk formatif
          Berbentuk sumatif
          Guru sebagai pentaksir

           Pelajar sebagai pentaksir
          Guru sebagai pentaksir
          Guru memberi maklum balas kepada pelajar untuk memperbaiki pencapaian pelajar

           Guru sebagai pembimbing untuk membantu pelajar menetapkan matlamatnya
          Guru berperanan sebagai pemberi maklum balas kepada pentadbiran mengenai pencapaian pelajar
           Bermatlamat untuk membimbing pelajar dalam meneruskan proses pembelajaran
           Bermatlamat untuk membantu pelajar mengetahui potensi diri sendiri untuk berjaya
          Bermatlamat untuk mengumpulkan dan menilai maklumat pelajar bagi mendapatkan keputusan akhir pelajar.



Monday, 18 September 2017

Pentaksiran dan Taksonomi Bloom

Assalamualaikum dan salam sejahtera ya sodiqoti!
Dalam entri yang pertama ini saya ingin berkongsi tentang Taksonomi Bloom.
Apa itu Taksonomi Bloom?
Baiklah, mari kita pelajari serba sedikit tentang Taksonomi Kognitif Taksonomi Bloom.




Taksonomi Bloom dalam bidang pendidikan ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, tingkah laku dan psikomotor.

Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu:
 >Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti       pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir,
 >Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat,     sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.
 >Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.





Pengujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Baiklah.. dalam entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai konsep pengujian dalam pentaksir...