Monday, 30 October 2017

Pentaksiran Bilik Darjah

Pentaksiran Bilik Darjah
·        Assalamualaikum dan salam sejahtera.
       
       Pentaksiran Bilik Darjah merupakan penyelidikan bilik darjah atau  penyelidikan tindakan murid.
·         Pentaksiran bilik darjah ini perlu melibatkan hubungan dua hala supaya wujud maklum balas antara   guru dan pelajar.
·         Dikenali juga sebagai Classroom Assessment Technique

·         Tujuan Pentaksiran Bilik Darjah
-          Untuk mendapatkan maklumat daripada murid tentang apa yang mereka tahu dan       bagaimana mereka menjiwai pembelajaran.
-          Memahami pembelajaran pelajar
-          Meningkatkan tahap pengajaran guru
-          Guru dapat refleksi diri tentang cara pengajaran mereka

·         Antara contoh Pentaksiran Bilik Darjah / CATs

Ø  NOTA BERANTAI
-          Bahan yang diperlukan ialah sekeping kertas dan sticky note.
-          Guru memberikan sticky note kepada para pelajar dan memberi arahan kepada pelajar untuk menulis jawapan di atas sticky note dan menampalnya di atas kertas yang akan diedarkan
-          Guru menanyakan soalan kepada pelajar dan mengedarkan sekeping kertas
-          Seterusnya, pelajar akan menjawab soalan dalam sticky note yang disediakan dan menampal jawapan masing-masing pada kertas yang diedarkan.

Ø  RINGKASAN 1 AYAT
-          Bahan yang diperlukan ialah helaian kertas yang bersaiz kecil
-          Guru akan meminta pelajar untuk menulis ringkasan secara keseluruhan tentang apa yang dipelajari di dalam satu ayat pada kertas yang disediakan. 

Ø  MEMORI MATRIK
-          Bertujuan menguji memori pelajar mengenai pembelajaran sebelumnya
-          Guru akan menyediakan satu jadual yang mengandungi bahagian “Apa yang dipelajari”…
-          Pelajar diminta mengisi jadual tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada

Ø  PENILAIAN PEPERIKSAAN
-          Bagi konteks pentaksiran bilik darjah, penilaian ini merujuk kepada penilaian formatif iaitu kuiz mingguan, ujian bulanan , ujian pertengahan tahun dan seumpamanya.

Pentaksiran Bilik Darjah / CATs
* CATS dikenali sebagai “bahan api keperluan” yang membantu memberi kuasa terhadap sistem pembelajaran pelajar
* CATs juga bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang pembelajaran yang disampaikan dan tidak bertujuan untuk memberi gred.






1 comment:

  1. Tritanium Rocks: A Guide for Rocking the Tiles - Titanium
    This site contains a list of citizen titanium dive watch rockable titanium nitride gun coating rocks titanium bolts on a Tiles.com - The titanium body armor best rock that will get titanium road bike you rock free!

    ReplyDelete

Pengujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Baiklah.. dalam entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai konsep pengujian dalam pentaksir...